Terpaksa duduk satu rumah dengan pesakit covid-19? ini yang boleh anda lakukan
Jumlah angka mereka yang telah dijangkiti Covid-19 semakin hari semakin bertambah,
hal ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan hampir seluruh dunia mencatatkan kes-kes baru terutamanya apabila tersebarnya varian Omicron yang dikelaskan sebagai ‘super spreader’.
Hari demi hari, pasti ada sahaja berita kurang ‘enak’ tentang kenalan atau sudara mara yang dijangkiti virus tersebut. Selain pengambilan vaksinasi serta dos penggalak, kerajaan turut mengesyorkan supaya kita kekal mengikuti segala SOP yang dikeluarkan dan mengamalkan kesihatan awam kendiri.
Namun, sekiranya korang terpaksa tinggal dengan mereka yang dijangkiti, jangan panik dan ikuti langkah-langkah serta cara yang kitorang kongsi ini. Sudah tentu, adalah menjadi kerisauan kepada ramai sekiranya mereka turut dijangkiti, namun perlu diingatkan, kita boleh mencegahnya.
Salah satu cara ianya merebak adalah melalui udara. Jadi pentingnya untuk kita mengenakan pelitup muka yang bersesuaian ketika dirumah, selain itu, korang boleh jugak follow tips ni okay?
Pastikan udara di dalam rumah ‘ditukar’
Kalau korang masih belum tahu, virus Covid-19 ni boleh tersebar menerusi titisan cecair dan ianya akan mudah berjangkit sekiranya penghidap batuk mahupun bersin. Jadi salah satu cara yang boleh dilakukan adalah memastikan pengudaraan yang baik di rumah.
Seperti perkongsian di Twitter ini, adalah disyorkan supaya udara di dalam rumah untuk ‘ditukar’ seeloknya sebanyak 3 kitaran.
Asingkan pinggan mangkuk untuk kegunaan pesakit
Selain udara, perlu dipastikan agar pinggan mangkuk yang digunakan pesakit diasingkan dan dibasuh secara berasingan daripada pinggan lain atau dibasuh menggunakan air panas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan berlaku.
Untuk lebih mudah, gunakan pinggan mangkuk pakai buang sementara waktu untuk kegunaan pesakit tersebut.
Sentiasa memakai pelitup muka di rumah
Pastikan korang sentiasa memakai pelitup muka di rumah, lebih-lebih lagi apabila berada di ruangan yang terpaksa ‘dikongsi’ bersama pesakit seperti ruang tamu, ruang makan dan sebagainya.
Jangan terus masuk atau berkongsi ‘ruang’ yang sama, tunggu beberapa minit atau ‘tukarkan angin’ seperti tips pertama tadi.
Pastikan ruang ‘berkongsi’ telah dinyahkuman
Memang agak sukar sekiranya kita tinggal serumah dengan mereka yang disahkan positif tetapi ia tidak bermakna kita terus ‘memulaukan’ mereka. Sebaliknya, kita perlu laksanakan langkah pencegahan terutamanya dari segi kebersihan rumah dari segala jenis virus dan kuman yang sememangnya tak nampak oleh mata kasar.
Ketika ini, sangatlah digalakkan untuk korang setidaknya mempunyai ‘kit’ atau pek pencegahan jangkitan seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, penyembur pembasmi kuman dan lain-lain.
Salah satu jenama yang ‘laku keras’ dan sering dicari oleh ramai pengguna lebih-lebih lagi semasa pandemik ini ialah Clorox!
Kalau nak tahu, rangkaian produk Clorox Expert ini dapat membunuh sehingga 99.9 peratus virus dan bakteria selain terbukti secara klinikal dapat membunuh virus Covid-19, hanya dalam 1 minit!
Antara produk yang korang boleh cuba atau masukkan dalam pek pencegahan korang termasuklah, Clorox Expert Disinfecting Wipes dan Clorox Expert Disinfecting Spray.
Selain pada tu, untuk korang bersihkan rumah pulak, ada pelbagai rangkaian produk Clorox yang boleh digunakan seperti rangkaian produk pembersihan lantai, bilik mandi, dapur dan sebagainya yang ada di sini.
Ada produk untuk membersihkan lantai, membersih dan membasmi kuman, pembersihan dapur dan banyak lagi!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web Clorox, atau follow saluran media sosial Clorox di Facebook dan juga Instagram tentang sebarang kemaskini aktiviti, promosi dan tips berkenaan pembersihan.
#CloroxMalayia #TrustClorox