Elizabeth Tan tawan puncak Gunung Kinabalu, atasi ketakutan berjam-jam menagis

Elizabeth Tan tawan puncak Gunung Kinabalu, atasi ketakutan berjam-jam menagis

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui berasa amat berbangga dengan dirinya selepas berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, mendaki Gunung Kinabalu merupakan antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya, namum dia menyifatkan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

Katanya lagi, meskipun pelbagai perkara bermain di fikirannya sebelum memulakan pendakian, namun kekuatan mental yang dimiliki ternyata mampu untuk mengatasi segalanya.

 

“Climbing Mt Kinabalu was one of the most challenging things I’ve ever had to do, but damn.. it was worth it.

“I’m absolutely afraid of a lot of things, the dark, heights, being alone, and the list goes on.

“Before this climb I’ve cried for many hours just thinking about it, but I decided to face it anyway to prove to myself that I’m stronger than I think,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Ex Aku Pontianak itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Lizzy turut menitipkan pesan buat orang-orang di luar sana untuk sentiasa percaya kepada diri sendiri dalam setiap perkara yang diinginkan.

“So many times I wanted to just give up and thought I’d just die up there hahahaha but somehow I pushed through and made it up and back down!

“I guess sometimes I just have to believe in myself a little bit more, and even when it really feels like I can’t.. I actually still can,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Lizzy.

“Best gila, congratulations Lizzy.

“Yes you’re definitely stronger than you think or imagine.

“You’re actually did it and you’re alive. Haha. Proud of you.

“Truly, well worth the experience,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Lizzy turut dilihat berkongsi beberapa foto yang memaparkan perjalanannya sepanjang mendaki Gunung Kinabalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.