Minta isteri pakai sedondon, Suami jemput isteri datang majlis perkahwinan kedua

Minta isteri pakai sedondon, Suami jemput isteri datang majlis perkahwinan kedua

Jauh di sudut hati, wanita mana saja yang rela untuk berkongsi kasih? Namun kadang-kadang ada yang perlu menelan kepahitan dan menutup mata sendiri demi kebahagiaan orang tersayang. Usah disebut soal ‘payung emas’, hanya yang boleh mereka pinta adalah kasih sayang yang adil dan tidak berbelah bagi.

Datang majlis kahwin suami

Kisah hampir sama turut dikongsikan seorang pengguna TikTok bernama Fiena Nasir apabila terpaksa menelan hakikat perlu berkongsi suaminya dengan isteri kedua. Beberapa hari lalu, wanita tersebut menjelaskan telah pun dijemput untuk turut hadir ke majlis perkahwinan lelaki tersebut.

Suami minta saya datang, pakai baju warna sama dia

Malah Fiena turut diminta suaminya untuk memakai pakaian sedondon berwarna putih sewaktu datang ke acara tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak bersanding di atas pelamin kerana majlis itu dibuat sekali dengan kakak kepada pengantin perempuan yang turut berkahwin pada hari sama. Jelasnya lagi, dia tidak cukup kuat untuk menerima keadaan tersebut namun hanya mampu reda menganggap itu semua adalah ujian.

@fiena_nasir

Doakan semoga diberikan kekuatan…😊

♬ Aku Tahu – UNGU

Bagi para suami yang terbaca komen ni, jangan buat macam ni…Isteri dah izin & reda pun cukup gagah serta kuat hatinya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dengan perkongsian berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga memuji wanita tersebut yang cukup tabah menerima hakikat kini perlu berkongsi kasih suaminya.

Jemput Datang Majlis Sanding Bini Baru, Suami Siap Minta Isteri Pakai Sedondon
Jemput Datang Majlis Sanding Bini Baru, Suami Siap Minta Isteri Pakai Sedondon

Jemput Datang Majlis Sanding Bini Baru, Suami Siap Minta Isteri Pakai Sedondon