Jozlynn kongi tips kejut anak kecil mudah bangun solat subuh dan tak cranky

Jozlynn kongi tips kejut anak kecil mudah bangun solat subuh dan tak cranky

Pelakon wanita yang juga ibu kepada 6 orang anak ini sememangnya gemar berkongsi pelbagai tips yang dipraktiskan dalam mendidik anak-anaknya. Seringkali kita menyaksikan bagaimana cara didikan Jozlynn yang terkenal tegas dan ‘garang’ itu berjaya melentur peribadi anak-anaknya menjadi ‘orang’.

Hasil didikannya tak hairanlah kalau anak sulung Ariq, 16, sudah terbang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.

Bonding mereka sekeluarga sememangnya sangat dikagumi. Dia dan suaminya Johan sememangnya sangat tegas dalam bab mendidik anak-anak mereka berdisiplin mengerjakan solat fardu setiap waktu.

Jozlynn kongsi tips kejut anak solat subuh

Terbaru di laman Instagramnya, Jozlyn berkongsi gambar 2 orang anak perempuannya, Chantiq & Moleiq masing-masing terlena di ribaan si ibu usai solat subuh.

Sejuk perut ibu lahirkan anak-anak yang rajin solat. Bukan perlu dipaksa tetapi siap pesan kepada mamanya supaya kejutkan mereka bangun solat subuh.

Antara tips yang dilakukan oleh Jozlynn untuk memudahkan mengejut anak-anak bangun solat subuh dari kecil iaitu:
  • Pastikan anak-anak cukup makan
  • Pastikan anak-anak cukup tidur (tidur awal)
  • Doa mohon pada Allah supaya mudah terjaga bila dengar azan

tips nak kejut anak bgn subuh sgt senang, pastikan dorg cukup makan, cukup tdo.. (tdo awal) tips tdo awal nih bkn anak je senang nk bgn.. mak bapak pon boleh bgn awal.. anak lelaki kami slalu pesan sblm tdo doa kat Allah mintak terjaga bila dgr azan..selain dr tdo awal tu jugak tips dia.. insyaAllah cuba la..

Katanya juga antara anak perempuan lebih mudah dikejutkan awal pagi berbanding anak lelaki.

mcm anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki.. anak perempuan bg salam, panggil nama je terus bergerak n bukak mata.. anak laki kdg kena tonyoh muka tu baru nak bgn..

 

Ramai followers pasangan selebriti ini kagum dengan didikan mereka yang tegas bab mendisiplinkan anak-anak solat. Ternyata amalan solat berjemaah dan makan bersama menjadi kunci kebahagiaan keluarga ini.