Suami beristeri 4, belikan kereta setiap seorang satu

Suami beristeri 4, belikan kereta setiap seorang satu

Di mata orang luar, seorang suami yang mempunyai ramai isteri mungkin dipandang sebagai insan paling bertuah dan bahagia. Namun dalam realiti kehidupan berpoligami, orang lelaki perlu bijak menguruskan rumah tangga dan haruslah mampu berlaku adil dalam aspek layanan ataupun nafkah. Untuk mendapatkan kesempurnaan hidup bermadu bukanlah sebuah fasa pendek.

Suami seorang kena gilir 4โ€ฆSetiap 2 minggu seorang

@dylazahid

tak semua nak hidup macamni

โ™ฌ suara asli – Hi, ini meme – ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’†๐’Š๐’๐’Š๐’Ž๐’†๐’Ž๐’†๐Ÿน๐Ÿฟ

Namun jika masing-masing saling memahami tanggungjawab dan rela memberikan ruang memperbaiki keadaan, kebahagiaan akan dapat dikecapi persis kisah yang dipaparkanย Puan Dyla Zahidย di TikToknya ini. Mempunyai 4 orang isteri, suaminya dikatakan akan bergilir-gilir pulang ke rumah berbeza-beza setiap 2 minggu seorang.

Setiap isteri dia dah belikan kereta seorang satuโ€ฆNi rumah isteri yang ke-3

Mempunyai taraf kewangan yang baik, lelaki berkenaan juga telah membelikan sebuah kereta untuk setiap orang rumahnya. Jadi apabila sampai hari giliran yang dipersetujui tadi, mereka akan datang sendiri untuk menjemput suami pulang ke rumah.

@dylazahid

Reply to @ernasss94 siap zisss๐Ÿฅฒ

โ™ฌ original sound – it’s me dilla – it’s me dilla

Tabahnya sis, kalau saya tak mampuโ€ฆAlhamdulillah, daripada dia berskandal

Melihat Puan Dyla melayari bahtera hidup bermadu sedemikian rupa, netizen menjadi kagum dengan ketabahan hatinya. Selain itu, mereka juga memuji si suami yang sangat berlaku adil dan berpendapat keputusan bermadu adalah lebih baik daripada dia melakukan hal negatif lain.

Suami Belikan 4 Madu Kereta Seorang 1, Isteri Jemput Sendiri Bila Tiba Giliran 2