“Dalam negara kita, Sajat tetap seorang lelaki” – Timbalan Menteri Agama

“Dalam negara kita, Sajat tetap seorang lelaki” – Timbalan Menteri Agama

Semalam, kecoh seketika di media sosial apabila usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan di Instagram Live  bahawa dia telah berjaya menukar status jantinanya kepada seorang wanita kini.

Perkara itu dilihat telah mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang menegaskan bahawa status jantina Sajat adalah masih sebagai seorang lelaki di negara ini, seperti laporan Sinar Harian.

MarzukSumber : Google  

Tegasnya, maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah penentuan jantina yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.

Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana dalam kad pengenalannya.

 

 

Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina tu, kita tak campur. Itu dia punya pasal.

Perkara tersebut disuarakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama itu kepada pemberita semalam di Putrajaya.

 

Terdahulu, Sajat mengumumkan bahawa dia kini bergelar wanita dan berasa seperti ‘dilahirkan semula’ kerana kejayaannya itu.

Akui Sajat dia berasa bangga dan lebih bebas bergelar sebagai seorang wanita selain lebih bahagia menjalani kehidupan baru di Australia setelah berhijrah ke sana semenjak Oktober tahun lalu.