“Next level punya pemalas”– Nasi lama tak dikeluarkan dah masak baru

“Next level punya pemalas”– Nasi lama tak dikeluarkan dah masak baru

Tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang individu memasak nasi baru dalam periuk namun tidak mengeluarkan saki baki nasi yang berada di dalamnya.

Perkara tersebut kemudiannya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di mana ianya boleh dianggap jijik namun ada juga yang merasakan perbuatan tersebut adalah untuk mengelakkan pembaziran.

Dalam video tersebut, individu tersebut telah meletakkan beras bersama air ke dalam periuk nasi tetapi kelihatan baki nasi yang dimasak sebelumnya masih ada dalam periuk tersebut.

Kebanyakan netizen berasa geli kerana merasakan baki nasi tersebut sepatutnya dikeluarkan terlebih dahulu dan barulah masak nasi yang baru.

Komen Twitter

Kembang tekak. Nyaahh kau tak basuh beras kee, main letak air terus. Terasa asli air beras. – netizen

Kata warga maya lagi, orang pemalas je buat kerja macam ni? Betul ke? Ataupun hanya sekadar konten media sosial semata-mata?