Bukan sebarang Oyen

Haiwan seperti kucing bukan sahaja rapat dengan manusia, malah ia juga antara yang paling manja dan sukakan perhatian. Selain itu kucing juga memiliki fizikal dan personaliti yang membuatkan orang ramai mudah jatuh hati dengannya.
Mudah untuk dijaga dan seakan faham apa yang dikatakan oleh manusia, kucing menjadi pilihan ramai untuk dipelihara dan disayangi. Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan telatah seekor kucing berbulu oren telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman tersebut kelihatan haiwan ini sedang didukung oleh seorang lelaki. Si Oyen diletakkan di dalam ‘carrier’ dan menghadap ke depan.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah haiwan ini turut dibawa bersiar-siar menaiki motosikal. Si comel ini pula baik sahaja duduk berdukung begitu.
Berikut adalah perkongsian rakaman Oyen dibawa naik motor bersiar-siar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun rostikadewi4 ini:
Perkongsian rakaman Oyen dibawa naik motor bersiar-siar ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 39 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Lucunya kucing ini boleh diam je dibawa naik motor. Tak takut bunyi motor”
“Tolonglah ni bukan Oyen. Salah warna kau nak”
“Andaikan kucing aku boleh macam ni. Ni tak dengar bunyi motor je terus lari”
“Comelnya anak bulu”
“Comey kucing gi mana tu”