“Kalau datuk tak ‘kepoh’, kita tak tahu nasib Dayah..”- dulu dibenci, Aliff Syukri kini dipuji netizen

“Kalau datuk tak ‘kepoh’, kita tak tahu nasib Dayah..”- dulu dibenci, Aliff Syukri kini dipuji netizen

Hangat sungguh awal minggu ini apabila media hiburan tempatan telah melaporkan mengenai kemenangan kes saman fitnah yang berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah setelah adik arwah iaitu pelawak Ali Puteh telah diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepadanya.

Tidak ketinggalan meraikan perkhabaran gembira itu, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang turut berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.

Tulis Aliff, dia berasa syukur kerana kes yang telah berlangsung selama bertahun-tahun itu telah selesai dan keputusan telah berpihak kepada mereka.

 

Datuk Aliff Syukri yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang agak ‘kepoh’ pernah dicemuh netizen kerana didakawa telah mengeruhkan keadaan selepas menemubual Hidayah yang dianggap telah mengaibkan Ali sekeluarga pada ketika itu.

Namun kini, netizen seolah-olah berpatah arang apabila ramai yang mengucapkan terima kasih di atas pendedahan secara ‘tidak sengajanya’ itu.

“Ini semua bermula dari Datuk tau. Orang nampak macam menyibuk, tapi Datuk adalah orang yang Allah hantar untuk bongkar semua yang berlaku secara senyap terhadap mereka yang teraniaya.” tulis seorang netizen.

“Kalau Datuk tak temu bual, tak tahu nasib Dayah. Kemaruk sangat keluarga Ali Puteh, tu harta peninggalan arwah.” komen pengguna media sosial yang lain pula.