Isteri Caprice lantang bersuara isu janda diserbu jabatan agama

Isteri Caprice lantang bersuara isu janda diserbu jabatan agama

Semalam telah kecoh kembali isu seorang ibu tunggal kesal akibat diserbu jabatan agama setelah disyaki berkesedudukan bersama lelaki bukan mahram. Tambahan pula, pemeriksaan itu dibuat sekitar jam 12.30 malam walhal wanita berstatus janda itu langsung tidak melakukan sebarang hal tidak senonoh. Ia dipercayai berpunca daripada aduan palsu jiran terdekat yang mahu keluarga mereka keluar dari rumah itu.

Saya tak suka term janda…Apa kata panggil single parents or hot mama?

Merasakan hal sebegitu tidak sewajarnya berlaku, Caprice juga sempat memuat naik sebuah video bagi berkongsikan pandangan peribadinya sendiri. Namun baru sahaja hendak memulakan ulasan, isterinya yang berada di sebalik kamera telah bersuara dan kedengaran kesal kerana pembawa gelaran ‘janda’ kerap menerima stigma negatif daripada masyarakat.

Kesal Teringat Isu Janda Diserbu Jabatan Agama, Isteri Caprice Lantang Bersuara 2

Semua benda salah janda…Janda tak semestinya jahat

Memegang status sama sebelum ini, Farra Inalis menegaskan terkadang permasalahan yang tercetus bukanlah disebabkan oleh janda itu semata-mata. Hakikatnya di luar sana, ramai lelaki yang cuba mendekati dan gemar mengambil kesempatan terhadap golongan ibu tunggal.

 

Jangan perlekehkan wanita yang tiada suami…Tapi apa yang isteri Cap cakap 100% betul

Meskipun terhibur kerana Farra tiba-tiba sahaja mencelah dalam video berkenaan, rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan. Selain itu, mereka berharap perspektif buruk dan penghinaan terhadap golongan single parent boleh dihentikan.