Perenang dilaporkan maut, dipercayai dibaham jerung besar

Perenang dilaporkan maut, dipercayai dibaham jerung besar

Seorang perenang dilaporkan maut selepas diserang seekor jerung putih besar sepanjang 13 kaki di pantai Buchan Point, Sydney, pada Rabu.

Memetik laporan Mirror, nelayan tempatan dan pengunjung pantai tersebut hanya mampu melihat detik ngeri itu dan tidak berdaya membantu mangsa. Perenang yang belum dikenal pasti itu meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan yang teruk.

Sementara itu, seorang saksi berkata mereka menyaksikan jerung itu menelan bahagian badan mangsa selepas ‘membelahnya’.

Dalam video yang tular, dapat didengari bahawa seorang nelayan menjerit “Seseorang baru sahaja dimakan oleh jerung. Oh tidak!”.

Media tempatan berkata ia adalah serangan jerung maut pertama di Sydney sejak 1963.

Dalam pada itu, Polis New South Wales mengesahkan bahawa mayat perenang itu ditemui di dalam air beberapa minit selepas kejadian itu.

“Rakaman jelas menunjukkan satu mayat yang separuh badannya telah ‘diambil’ oleh ikan jerung tersebut,” kata seorang pegawai polis.

Difahamkan, mangsa merupakan warga tempatan yang mengenali pantai itu dengan baik