Gaya Dato Sri Siti Nurhaiza di Big Stage menjadi perhatian penonton
Kontroversi yang tercetus dalam program reaiti Big Stage 2022 semalam masih belum reda dan sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Pun begitu, ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan netizen sepanjang program itu berlangsung. Nak tahu apa dia?
Rupa-rupanya, penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan salah seorang juri untuk program itu menjadi perhatian ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggayakan busana rona hijau pucuk pisang yang tampak menawan! Busana rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini itu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen mula memenuhi ruang komen di laman Instagram Dato’ Sri.
DATO’ FABULOUS MALAM INI!
Malah, bukan hanya busana, gaya solekan serta pengayaan tudung bawal Dato’ Sri juga mendapat pujian ramai. Hasil solekan daripada jurusolek popular, Epie Temerloh menjadikan wajah Dato’ Sri tampak eksklusif dan mahal, namun masih memiliki unsur manis dalam gaya solekannya! Mungkin penggunaan rona hijau sebagai pembayang mata menarik minat ramai untuk menatap wajah penyanyi kesayangan ramai ini!
CAIR TENGOK CTDK!
“Saya strict sikilah minggu ni ya..”
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program realiti Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai. Terkenal dengan sifat lemah lembutnya, kali ini, Dato’ Sri ingin menjadi tegas sedikit berbanding dahulu.