Tular 20 orang maut kerana kokain beracun
Buenos Aires: Angka kematian akibat menggunakan kokain yang disyaki mengandungi racun di wilayah Buenos Aires, Argentina meningkat kepada 20 orang dan 74 yang lain dimasukkan ke hospital, lapor Sputnik, memetik laporan penyiar TN pada Rabu.
Pada awal Khamis, 16 kematian dilaporkan di bandar Hurlingham dan daerah Tres de Febrero.
Kementerian Kesihatan Argentina dilaporkan membentuk satu jawatankuasa khas untuk memantau kes-kes keracunan baharu di negara itu.
Pakar cuba menentukan bahan yang dicampur dengan kokain itu.
Pihak berkuasa tidak menolak bahawa ia kemungkinan mengandungi racun tikus, kata media.
Menteri Keselamatan Buenos Aires Sergio Berni menggesa orang ramai yang ada membeli kokain dalam tempoh 24 jam terakhir supaya memusnahkannya.
Penguat kuasa undang-undang memberi amaran bahawa lebih banyak dadah “yang sangat bertoksik” berada dalam edaran di rantau itu
Polis Argentina melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
Menurut penyiar itu, penguat kuasa undang-undang setakat ini merampas 15,000 dos kokain dan menahan lapan orang yang mungkin terbabit dalam tragedi keracunan itu.
Menurut laporan media, dadah serupa yang menyebabkan 20 orang maut ditemui di tempat persembunyian seorang daripada tahanan.
Lelaki itu berada dalam senarai orang yang dikehendaki sejak Disember.