Tour bilik tetamu rumah Aliff Syukri, “Letopsss wehhh”

Siapa sahaja tidak mengenali usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang cukup popular dengan pelbagai video tular. Pasangannya Datin Seri Shahida baru-baru ini berkongsikan satu rakaman tour bilik tetamu rumah mereka.
Sudah pastinya perkongsian rakaman ini mencuri perhatian ramai kerana pasangan ini jarang sekali untuk menunjukkan rumah mewah mereka kepada umum. Dalam video tour tersebut, Datin Seri hanya berkongsikan bilik tetamu rumah mereka.
Jom layan rakaman tour bilik tetamu rumah Aliff Syukri ini yang dimuat naik menerusi akaun TikTok shahidadherbs2:
@shahidadherbs2Reply to @dinasour.rare @aliffsyukriterlajaklaris ni kekwat la pula kan😏 #fypシ #fyp♬ I LOVE YOU – Kevin Rater
Wow, bilik tetamu mereka sahaja sudah tampak mewah dan besar, memang mengagumkan! Selain itu dua bilik ini nampak selesa juga. Perkongsian rakaman bilik dalam rumah Aliff Syukri ini telah meraih lebih 2.3 juta tontonan dan 232 ribu likes.
Rata-rata warganet turut teruja dengan perkongsian rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Boleh tak rent bilik tetamu untuk honeymoon, letopssss bethol haihh”
“Ni kalau tidoq tak bangun dah ni”
“Kalau gini bilik tetamu, bilik master macam mana la rupanya”
“Datin bertuah dalam dunia ni umah umpama istana..Mesti kat syurga pun datin ada istana..Doa kan saya bina istana kat syurga”