Fenomena jarang berlaku, Baitulmaqdis dikejutkan dengan ribut salji

Fenomena jarang berlaku, Baitulmaqdis dikejutkan dengan ribut salji

Salji lebat dilaporkan turun di Baitulmaqdis dan fenomena tersebut dikatakan jarang berlaku di sana, berkemungkinan hanya terjadi sekali dalam tempoh musim sejuk.

Susulan itu, ribut salji telah mengubah wajah bandar itu yang kebiasaannya lebih dikenali kerana bahang musim panas.

Menurut laporan Berita Harian, sekolah di Baitulmaqdis dan utara Israel turut ditutup akibat salji buat sementara berikutan suhu semakin meningkat dan hujan.

baitulmaqdis

Di Jordan, hujan salji meliputi laluan di ibu negara, Amman, menyebabkan keadaan diseluruh negara itu berbahaya untuk memandu.

Jabatan Meteorologi Jordan meramalkan lebih banyak salji akan melanda di kawasan tinggi, dengan suhu dijangka turun ke bawah paras beku.

Malah, Mesir turut merekodkan musim sejuk paling dingin dalam tempoh 10 tahun, dengan suhu mencecah sehingga tujuh dan lapan darjah di bawah suhu purata pada musim itu.