Ustaz Abu Syafiq mengaku tak ambil suntikan & bawa jemaah tak vaksin ke Mekah

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak ambil suntikan & bawa jemaah tak vaksin ke Mekah

Sejak semalam, tular berkenaan pengakuan mengejutkan seorang pendakwah yang dikenali di media sosial apabila mengaku tidak mengambil suntikan vaksin dan membawa para jemaah yang turut tidak divaksin menunaikan umrah.

Macam2 hal

Dia juga menuduh bahawa vaksin itu merupakan salah satu mata pencarian golongan ‘pakar’ dalam kesihatan dan suntikan tersebut mempunyai tamat tempoh.

Susulan daripada ‘keberaniannya’ dengan pengakuan tersebut, ramai warganet yang mulai berang kerana merasakan tindakannya boleh membuatkan nama baik Malaysia tercemar.

Lapar perhatian je ni

Mana tidaknya, jika berita tersebut sampai ke Arab Saudi, bimbang pihak mereka akan menyekat kehadiran jemaah dari Malaysia untuk beribadah ke sana susulan vaksin merupakan salah satu syarat untuk membolehkan masuk ke negara itu.

 

Bimbang kuota haji/umrah diturunkan

Kalau beramal tapi menipu macam mana tu?

Sememangnya ramai yang pelik bagaimana pendakwah tersebut boleh membawa jemaah umrah sedangkan Arab Saudi mewajibkan orang luar untuk melengkapkan suntikan vaksin untuk pergi ke sana.

Walau bagaimanapun, diharap orang ramai dapat bersabar dan membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas tindakan tersebut kerana bimbang ada salah faham daripada mana-mana pihak.

Apa-apapun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar tiada sebarang penularan wabak berjangkit yang lebih serius di dalam negara.

Sumber: Instagram ustazabusyafiq, Twitter @magmalaya