Mainan baru beli dibawa arus, kanak2 ini mampu redo & pasrah
Bencana banjir yang melanda negara tempoh hari memang menghadirkan banyak kemusnahan buat mangsa-mangsa yang mengalami musibah itu.
Harta benda dan kediaman habis tenggelam hingga pelbagai kerosakan dialami dan kehilangan barang berharga.
“Menyerah jelah…”
Menerusi perkongsian video dari Ketua Pegawai Operasi (COO) MyFundAction di akaun Twitter @aisyahshahid, pihak mereka telah bertemu dan berbual dengan seorang mangsa banjir cilik di kawasan Sri Muda.
Video tersebut tular selepas kanak-kanak petah itu menceritakan kisah robot mainan yang baru sahaja dibelinya sudah hanyut dibawa arus deras susulan rumah keluarganya dimasuki air.
Apa perasaan awak tengok mainan awak hanyut?
"Menyerah jelah" 🥺
Kecik2 pun adik ni dah ajar kita tentang redha. pic.twitter.com/0uQP6Beb7q
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) December 27, 2021
Menurutnya, robot yang dibeli baru sahaja sampai sehari sebelum banjir berlaku. Namun, ketika dia bangun dari tidur dan mendapati air sudah di paras pinggang, dia melihat robot tersebut sudah jauh dihanyutkan arus deras.
Dia yang tidak mampu mennyelamatkan alat permainannya hanya reda dengan hal tersebut. Ucapannya yang begitu ‘pasrah’ benar-benar membuatkan ramai tersenyum melihat keikhlasannya menerima takdir yang telah tertulis.
Dia ajar kita maksud reda
Menjengah ke ruangan Twitter, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa kagum mendengar cerita dari kanak-kanak tersebut.
Mereka juga faham dengan konsep reda dan ada juga yang menawarkan menggantikan robot mainan miliknya dengan yang baru.
Memang sedih barang tersayang hilang
“Kalau nak robot gundum roger abang”
Allah ganti yang lebih baik
Pandainya dia bercakap
Semoga Allah murahkan rezekinya
Sumber: Twitter @aisyahshahid