Kongsi kisah tinggal di Cameron yang ramai lagi tak tahu

Cameron Highlands antara lokasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk pergi bercuti. Bukan sahaja terdapat pemandangan indah malah cuaca di sana yang sejuk daripada biasa turut antara tarikan utama orang ramai mahu ke sana.
Namun baru-baru ini, perkongsian dari seorang wanita ini menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan situasi sebenar bagi mereka yang tinggal di Cameron Highlands. Malah video tersebut juga tular dikongsikan sehingga ia meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.
@nraliiabut still i love living here 😂 #fyp#cameronhighland
Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu yang sudah lama menetap di Cameron Highlands berkongsikan pelbagai perkara yang perlu dilalui bagi penduduk di sana. Memandangkan cuaca di sana lebih sejuk dari kebanyakan tempat di Malaysia, tentunya ada banyak perbezaannya.
Antara aktiviti harian yang berbeza di sana ialah dia terpaksa memakai stoking memandangkan lantai yang sejuk. Malah aktiviti harian yang melibatkan penggunaan air juga turut berbeza seperti mencuci pinggan mangkuk dan mandi seperti biasa.
Lebih mengejutkan, minyak masak yang disimpan juga akan menjadi beku dek cuaca yang terlalu sejuk sehinggakan makanan di sana juga akan turut sama dipengaruhi cuaca itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut tertarik melihat perkongsiannya ini. Malah mereka yang pernah bercuti di Cameron Highlands juga turut berkongsikan pengalaman yang sama seperti dilalui wanita tersebut.
“Masa pergi sana time nak solat subuh memang auto jadi Elsa dalam cerita frozen.”
“I wish satu Malaysia punya weather macam Cameron.”
“Aku selalu fikir kat sana mesti takde kipas dengan ekon langsung kan.”
“Masa saya pergi Cameron bangun pagi nak mandi pun tak rasa air panas tu sejuk sangat.”