Lupa sorok mesej “boyfriend”, kantoi masa ‘presentation’ depan pensyarah & satu kelas
Zaman sekarang ini, untuk melakukan pembentangan sudah jauh lebih mudah berbanding dulu kerana adanya teknologi seperti komputer riba dan projektor.
Namun begitu, mereka yang mahu melakukan pembentangan khususnya pada golongan pelajar universiti, perlulah sentiasa berhati-hati dan peka dalam memastikan bahawa WhatsApp Web tidak diaktifkan sebelum memaparkan skrin komputer anda di khalayak ramai.
Ianya kerana, apabila WhatsApp Web tersebut dan notifikasi pesanan aktif semasa sesi pembentangan dimulai, maka satu kelas pasti akan dapat melihat mesej yang terpapar pada skrin projektor itu nanti.
Perkara tersebut malangnya telah terjadi kepada seorang pelajar universiti ini. Insiden itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @irmaagstnn. Video tersebut memaparkan seorang pelajar perempuan bersama dengan rakan-rakannya yang sedang bersiap sedia untuk melakukan pembentangan dalam kelas dihadapan pensyarah.
Menurut okedukasi, ketika pelajar perempuan itu sedang membuka WhatsApp untuk mencari bahan yang hendak dibentangkan, tiba-tiba mesej WhatsApp dari kekasihnya yang belum terbaca oleh pelajar tersebut terlihat.
Mesej berkenaan bertulis “Semangat kuliahe sayangku” dan dihantar oleh individu yang bernama Sayangku.
Bukan sahaja rakan-rakan, malah pensyarahnya juga turut sedang melihat ke arah projekter pada waktu itu. Pelajar tersebut pun segera cari dan cepat-cepat buka bahan pembentangannya kerana malu mesej yang dihantar oleh kekasihnya dibaca oleh rakan-rakan serta pensyarah.
Video lucu itu lantas menjadi tular di media sosial. Ianya juga turut mengundang pelbagai komen daripada warganet. Ada juga dalam kalangan warganet yang rupanya mempunyai pengalaman serupa seperti di dalam video tersebut.
“haha teringat kawan saya dulu nama kekasihnya dalam WhatsApp ‘my future husband’, tergelak pensyarah saya pada ketika itu, boleh dia tak sedar,” ujar salah seorang warganet.
“Saya pernah terjadi macam ni, sampai sekarang saya malu,” ujar warganet yang lain.
@irmaagstnnPresentasi gak siap” dulu ya gini ni hasilnya😁🤣🤣🤣