Hati-hati dengan scammer, mula ‘buat kerja’ dalam grup telegram kolej

Hati-hati dengan scammer, mula ‘buat kerja’ dalam grup telegram kolej

Bila zaman semakin canggih, macam-macam benda yang orang boleh buat hanya menggunakan hujung jari. Tetapi, ada juga manusia yang tak bertanggungjawab menjadikan situasi ini sebagai sesuatu perkara untuk menindas orang lain.

Macam yang kita tahu, scammers di negara kita suka untuk menggunakan panggilan telefon untuk mendapatkan maklumat peribadi kita. Haa, mesti sekarang korang familiar sangat dengan kes scam ni kan? Tapi sekarang diorang ni dah makin advanced gais!

Semalam, isu ini menjadi satu bualan yang hangat kerana scammers mula bertindak dengan memasuki grup Telegram kolej ataupun alumni universiti secara random dan menyamar kononnya mereka merupakan pelajar dari kolej berkenaan.

Scammer

Sumber: Twitter

Guna banyak akaun, dipercayai sindiket

Pemilik akaun Twitter ini turut memberitahu di bahagian thread bahawa scammers tersebut dikatakan menggunakan pattern yang sama iaitu dengan menulis ayat kesian untuk meminta sumbangan dari orang-orang dalam grup tersebut.

“Mereka ni bukan ada 1 account je tau. Mereka ni macam sindiket. Mereka akan cari group² telegram yang public dan join random banyak². Mereka akan blast mesej yang sama. Banyak target group telegram student la. Orang yang cepat kesian mmg akan terpedaya dgn mereka ni”

Ramai kongsi pernah alami benda yang sama

Tweet tersebut telah mendapat banyak replies dan juga quotes dari pelajar-pelajar universiti yang turut memberitahu bahawa mereka pernah alami gangguan yang sama malah ada yang pernah ‘terkena’ sehingga wang simpanan ditolak oleh pihak bank.

Walaupun pelajar-pelajar tersebut dari institut pengajian tinggi (IPT) yang berbeza, tetapi mesej yang diterima sama dan menggunakan username yang sama iaitu “Hamba Allah”. Malah grup telegram yang besar juga pernah dimasuki oleh orang yang tak bertanggungjawab ini.

Scam T 1

Sumber: Twitter

Scam T 2

Sumber: Twitter

Scam T 3

Sumber: Twitter

Oleh itu, orang ramai terutamanya pelajar IPT diminta untuk berhati-hati sekiranya menerima mesej yang sama seperti ditunjukkan di atas. Sekiranya terdapat pengguna “Hamba Allah” ini di dalam grup, dinasihatkan untuk buat grup yang baru dan padam grup yang sedia ada itu.

Korang hati-hati okay? Kalau nak selamat, invite je kawan-kawan sekelas. Tak payah share link… Study hard semuanya!