Sebelum ini jam dan beg tangan mewah, TokTi bergaya dengan selendang harga RM4,100 sehelai pula

Sebelum ini jam dan beg tangan mewah, TokTi bergaya dengan selendang harga RM4,100 sehelai pula

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila menggayakan selendang berjenama mewah Christian Dior untuk sebuah persembahan, malam semalam.

 

Siti Nurhaliza

2 HARI LALU

Kecoh Jam Tangan 1 Juta, Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga RM20k Hanya Untuk Lengkapkan OOTD

Apa lagi, netizen segera menjalankan ‘siasatan’ dan mendapati bahawa selendang berona coklat itu berharga RM4,100 sehelai.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi itu kelihatan cantik mengenakan busana berwarna merah rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.

Menerusi tinjauan laman web Dior, selendang itu diberi nama D-Oblique Shawl yang diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.

DiorSumber : Dior Website  

Dalam pada itu, ramai peminat memuji gaya terkini Siti Nurhaliza yang lebih bergaya dan ‘fresh’ dan memintanya untuk mengekalkan stail dan imej yang sama pada masa akan datang.

Terdahulu, nama Siti menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa memakai jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit selain membeli sebuah beg jenama mewah dengan harga RM20,000 hanya untuk melengkapkan imej ketika menghadiri acara fesyen Kuala Lumpur Fashion Week 2021, baru-baru ini.