“Memualkan, sangat laparkan populariti!” – Datuk Seri Vida tak sanggup tengok ‘Hujan’ Iqbal
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya tampil memberi respon mengenai lagu terbaru bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dilancarkan laman Youtube pada hari Isnin lalu.
Ujar DS Vida, dia berasa mual dengan tindakan bekas pembantu peribadinya itu yang dilihat sangat gilakan populariti sehingga sanggup menjadikan modal ‘kahwin tak jadi’ mereka sebagai jalan cerita lagu berjudul Hujan itu.
Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami..try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.
Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis. Dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.
Diimbas kembali, terdapat babak dalam lagu tersebut di mana Iqbal dan model wanita yang disamakan dengan DS Vida oleh netizen terpaksa melupakan hasrat mereka sebelum ini untuk berkahwin kerana tidak direstui anak-anak usahawan itu.
Dalam pada itu, DS Vida sempat mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana dia telah berjaya meraih populariti singkat hanya dengan menjaja kisah cinta antara mereka.
Sebenarnya kekuatan pada lagu ini adalah MV yang sangat kreatif. Itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam pondan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.
“Kalah cerita tamil..” ujar DS Vida lagi.
Sekadar info, single Hujan nyanyian Iqbal merupakan hasil ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi dan Eric Fuzi daripada kumpulan Floor88.