‘Tinggal dalam kegelapan’, lelaki hampir tak boleh buka tingkap, jiran buat pagar tinggi 8 kaki rapat dengan rumahnya

‘Tinggal dalam kegelapan’, lelaki hampir tak boleh buka tingkap, jiran buat pagar tinggi 8 kaki rapat dengan rumahnya

Bapa kepada tiga orang anak, Rob Shepherd kini hampir tidak boleh membuka tiga tingkap rumah berikutan pagar jiran yang terlampau tinggi dengan ketinggian berukuran 8 kaki dengan jarak hanya 1 kaki. Pagar tersebut telah menghalang cahaya daripada masuk, lapor The Sun.

“Cahaya semula jadi di bahagian hadapan ruang tamu dan dua bilik tidur tidak dapat masuk,” tegas Rob yang merupakan juruteknik arkitek.

“Cahaya yang tidak dapat masuk itu telah menjadi salah satu faktor yang mengganggu anak lelaki saya mempunyai autisme”

Gambar: Sarah Shepherd via The Sun

“Isteri saya yang mempunyai ‘Seasonal Affective Disorder’ turut terganggu dengan keadaan di mana cahaya tidak dapat menembusi ruang rumah saya”

“Isteri saya akan mudah depresi jika cahaya tak dapat masuk” tegas Rob lagi.

Rumah milik Rob bersambung dengan kawasan jirannya dan tingkap rumahnya menghadap pagar yang baru dibina oleh jirannya. Tetapi Rob percaya bahawa dia mempunyai hak untuk menyuruh jirannya itu untuk merobohkan pagar itu. Rob yakin bahawa ‘hak ke atas cahaya’ boleh dituntut.

Gambar: Sarah Shepherd via The Sun

Namun, Rob perlu mengupah peguam dengan bayaran yang tinggi untuk menuntut haknya itu.

“Anak lelaki saya sampai kena dengar lagu kuat-kuat masa tukang buat pagar sedang membina pagar tersebut.”

Kini, Rob cuba menghubungi jirannya untuk berbincang mengenai masalah itu.

Sumber: The Sun