Netizen puji Elisya Sandha-“Bertuah Sheila Rusly dapat menantu cantik, pandai masak”

Netizen puji Elisya Sandha-“Bertuah Sheila Rusly dapat menantu cantik, pandai masak”

Pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly mencuri perhatian warganet selepas beliau berkongsikan sebuah video hantaran di Instagramnya menunjukkan hasil masakan menantunya, Elisya Sandha.

Menerusi hantaran terbabit, Shiela berkongsi menu makanan yang dihidangkan oleh menantunya terdiri daripada lima lauk masakan ala Thailand untuk tatapan umum.

Buka puasa sentuhan rasa @elisyasandhaofficial.

 

Di dalam video berdurasi hampir satu minit itu, kelihatan Elisya menghidangkan lima juadah masakannya iaitu tomyam seafood, ayam berempah, ikan goreng tiga rasa, sotong goreng tepung dan telur dadar.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji dan bersependapat bahawa Sheila amat beruntung kerana dapat menantu yang cantik serta pandai memasak.

Bertuah sis dapat menantu cantik pandai masak. Tengok pun tau masakan dia ikhlas untuk sis sekeluarga.

Sekadar info, Elisya, 21, telah sah bergelar sebagai seorang isteri kepada anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, dalam sebuah upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos yang lalu.