Dengan sekali lafaz, Ayie Floor88 selamat bergelar suami Tasha Awie, Tahniah!!!

Dengan sekali lafaz, Ayie Floor88 selamat bergelar suami Tasha Awie, Tahniah!!!

Vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie kini sah bergelar suami kepasa Tasha Awie pada pagi Khamis selepas 10 bulan mengikat tali pertunangan.

 

Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah dan pasangannya dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi.

Menerusi perkongsian live video di Instagramnya, majlis itu diadakan secara tertutup. Ayie menyerahkan mas kahwin RM 1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

Alhamdulillah syukur semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

Penyanyi lagu Hutang itu meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan meskipun masih berdepan dengan Covid-19.

Ayie Floor88

Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Menurut Ayie, dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai Isteri kerana sikap penyayang dan pandai menguruskan hal berkaitan rumah tangga. Tambahnya lagi, mereka masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan kerja.

 

SUMBER : Mstar