Lee Zii Jia tumpas di tangan Kento Momota dalam aksi 3 set

Lee Zii Jia tumpas di tangan Kento Momota dalam aksi 3 set

Lee Zii Jia tumpas kepada pemain Jepun, Kento Momota dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Thomas di Arena Ceres, Aarhus, Denmark petang tadi.

Walau bagaimanapun, pemain ranking kelapan dunia itu bermula dengan cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-15 ke atas Momota, pemain rankin nombor satu dunia. Namun, tumpas pada set kedua, 12-21 dan set penentuan, 23-21.

Pertemuan Malaysia dan Jepun ini adalah untuk menentukan juara dan naib juara kumpulan dan kedua-dua pasukan sudahpun melayakkan diri ke suku akhir selepas menewaskan pencabar Kumpulan 2, iaitu Kanada.

Sumber: Astro Awani