Foto jadi viral, polis jelaskan hanya pandu uji BMW 3 & Volkswagen Tiguan, pembelian belum dimuktamadkan
Susulan penyebaran beberapa gambar kenderaan mewah yang dilengkapi dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) di media sosial semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan bahawa pembelian kenderaan BMW M3 dan Volkswagen Tiguan itu belum dimuktamadkan dan semua kenderaan masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (POC).
Menurutnya, Bukit Aman ketika ini sedang menguji lima kereta BMW M3 dan Volkswagen Tiguan selama dua minggu., lapor Astro Awani.
“PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian.
“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagai sebarang penugasan dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi oleh Astro Awani.
Sejak semalam, netizen tertanya-tanya mengenai kenderaan-kenderaan mewah itu yang dilihat sudah dilengkapi aksesori kenderaan PDRM.
Sumber: Astro Awani