Kena marah sebab tak mahu kikis duit teman lelaki, “Haa jom kita pergi…”
Adat pasangan bercinta, pastinya sentiasa mahu rasa disayangi oleh pasangan masing-masing.
Namun lain pula yang terjadi kepada wanita ini di mana dia khabarnya enggan ‘mengikis’ duit teman lelakinya yang telah menawarkan sejumlah wang untuk dibelanjakan.
@tiyakamal2 Kena marah sbb kikis ❌ kena marah sbb tak kikis ✅ #foryoupage #fypシ #fyp
Malah, lelaki itu turut merajuk kerana teman wanitanya enggan dibelanja olehnya.
Wanita itu kemudiannya memuat naik video pendek yang memaparkan momen lucu tersebut di TikTok sehingga mengundang reaksi yang pelbagai daripada orang ramai.
Dalam video tersebut, lelaki tersebut dilihat duduk berjauhan dan wanita itu kemudiannya meluahkan rasa pening disebabkan oleh perangai pasangannya itu.
@tiyakamal2 Reply to @alya_dini done kikis 😂#fyp #foryoupage #fypシ #tiktokmalaysia
Namun, akhirnya wanita tersebut membeli juga beberapa barangan kerana dipaksa dan turut ‘melelong’ teman lelakinya kepada mereka yang berminat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pula yang berminat untuk meminjam teman lelaki wanita itu!
Ada juga yang macam ni? Sehingga ke tahap merajuk sebab tak mahu dibelanja oleh pasangan masing-masing..untunglah ya!