“Buat ujian kendiri sebelum rentas negeri, balik kampung jumpa keluarga” – Nasihat KJ
Individu yang mempunyai perancangan untuk pulang ke kampung dinasihatkan menjalani ujian kendiri Covid-19 sebelum bertemu ahli keluarga.
Menurut laporan BH Online, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan tidak lagi boleh melakukan ‘roadblock’ bagi memeriksa individu sudah lengkap dua dos vaksin atau belum apabila negara memasuki fasa endemik.
1.6% before interstate borders open. While @KKMPutrajaya has transitioned to symptomatic testing, we encourage people who are in high contact & mobility settings to test regularly. If you want to balik kampung to see elderly parents, do a RTK saliva test. Keep them safe. pic.twitter.com/uFXVgJ8nLm
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 6, 2021
“Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.
“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri COVID-19 (RTK) air liur. Jaga keselamatan mereka.
“Hanya tinggal 1.6 peratus (belum divaksinasi lengkap) sebelum sempadan negeri dibuka. Kini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih ke ujian simptomatik.
“Kami meminta orang yang berada dalam persekitaran dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala,” tulisnya di laman Twitter.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri akan dilaksanakan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Sumber: BH Online (Noor Atiqah Sulaiman) , Twitter Khairy Jamaluddin