Dai’ Syed ditegur kongsi hadis palsu tentang islamkan orang wajib masuk syurga
Dai kongsi hadis palsu?
Tindakan Aisar ini bagaimanapun turut mendapat sokongan pengikutnya dan juga beberapa pihak. Antara yang menarik perhatian adalah komen dari seorang Dai yang berkongsi sebuah hadis. Hadis itu berbunyi seperti:
Barangsiapa yang tangannya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga.
Hadis yang dikongsikan Dai ini bagaimanapun menarik perhatian seorang netizen di Twitter dengan nama @ibn_ramzi. Dia merupakan seorang editor bagi laman Semak Hadis dan admin untuk @hakasunnah. Dia menjelaskan hadis tersebut adalah hadis dhaif berat di mana perawinya munkar dan sanadnya juga dhaif.
Apa yang diterangkan ibn ramzi ini turut pernah dibincangkan laman Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 yang akhirnya memutuskan bahawa hadis tersebut adalah palsu
— Singgang Budu 🇲🇾 (@asyhkr_) September 27, 2021