“Kalau tak, tak nikah lah aku”-Selisih atas jalan, pengantin terkejut Tok Kadi nak pergi ladang

“Kalau tak, tak nikah lah aku”-Selisih atas jalan, pengantin terkejut Tok Kadi nak pergi ladang

Tak dinafikan, persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan dilakukan bagi memastikan majlis perkahwinan berlangsung dengan lancar.

Namun berbeza pula kisah yang dilalui pasangan pengantin ini apabila tok kadi dipercayai ‘terlupa’ dengan perancangan akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada hari itu.

 

‘Tok imam lupa hari ni aku kahwin’

Video pendek yang dikongsikan Nikafiq_official di TikTok memaparkan dirinya bersama bakal isteri yang sudah mengenakan busana pengantin berona putih berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke lokasi akad nikah. Namun ketika dalam perjalanan, pasangan ini  bertembung dengan kereta Tok kadi yang menuju ke sebuah ladang.

Rupa-rupanya individu tersebut terlupa bahawa dia sepatutnya menikahkan pasangan terbabit. Lantaran itu, pasangan ini menahan Tok kadi berkenaan sambil mengingatkan kembali tentang jadual akad nikah mereka yang akan berlangsung.

Tok imam lupa hari ini aku kahwin. Tok imam siap-siap nak masuk ladang dah, kena pusing balik. Kalau tak, tak nikah lah aku hari ini.

Video

@nikafiq_official

tok imam terlupa 😂 #fypシ #fyp #foryoupage

♬ original sound – Nikafiq_Official – Nikafiq_Official

@nikafiq_official

beta janji beta jaga ❤️❤️❤️ #fypシ #fyp #foryoupage @cikdini__

♬ DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass – Yudha Paramata

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur selepas menonton video tersebut. Bukan itu sahaja, ada di antara netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama yang pernah dilalui mereka.

Sumber: Nikafiq_official