Rambut terbakar ketika memasak di dapur, “Macam mana dia boleh tak bau…”

Rambut terbakar ketika memasak di dapur, “Macam mana dia boleh tak bau…”

Insiden rambut terbakar sebenarnya berlaku lebih kerap dari yang kita sangka. Biasanya perempuan lebih cenderung untuk secara tidak sengaja membakar rambut mereka, sama ada ketika meniup lilin atau duduk berhampiran api kerana rambut perempuan yang panjang membuatkan mereka tidak sedar rambut telah terkena api.

Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini yang mana seorang wanita tidak perasan rambutnya sedang terbakar ketika membuat kerja di dapur. Namun ia bukan disebabkan rambutnya yang panjang sebaliknya kerana rambut afronya yang tebal membuat dia tidak rasa kepanasan api di atas kepalanya.

Rakaman kamera pengawasan itu menunjukkan wanita tersebut sedang memasak sesuatu di atas dapur apabila dia tunduk untuk mengambil barang di dalam kabinet di bawah dapur.

Ketika dia sedang menundukkan kepala, rambutnya terkena api yang dipasang di atas dapur, namun dia langsung tidak menyedari perkara itu dan meneruskan tugasnya seperti biasa.

Setelah beberapa ketika baru wanita itu sedar ada sesuatu di atas kepalanya dan cepat-cepat memadamkan api berkenaan dengan tangannya, sementara netizen bingung bagaimana dia tidak sedar rambutnya terbakar.

“Nasib baik dia tak apa-apa…”

“Macam mana dia boleh tak bau…”

“Rambut jenis apa yang perempuan ni ada…”