Selang 2 jam, remaja 17 tahun dah ada dua bini, mereka bertiga dah lama bercinta
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu kisah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bernikah dengan dua gadis. Tak dinafikan, perkara tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Majlis nikah selang 2 jam
Memetik laporan Suara.com, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Supandi itu telah mengahwini Annisa dan Sangkut. Difahamkan ketiga-ketiga mereka yang berusia 17 tahun ini berasal dari kampung yang sama iaitu di Desa Karang Anyar, Sumatera Selatan Indonesia. Menurut sumber, Annisa dan Sangkut merupakan saudara terdekat dan mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat bersama Supandi sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Setiausaha Desa Karang Anyar iaitu Wildan Hakim, ketiga-tiga pengantin ini hanya melangsungkan akad nikah dan majlis perkahwinan akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.
Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik. Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Jelasnya lagi, pernikahan tersebut hanya selang dua jam sahaja iaitu akad nikah pertama berlangsung di rumah Annisa pada pukul 1 petang manakala pada pukul 3 petang di rumah Sangkut. Meskipun mendapat restu daripada ahli keluarga namun mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing memandangkan perkahwinan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.
Sumber: Suara.com