Remy Ishak kongsi video nikah 5 minit buat peminat,ditahan Roadblock

Remy Ishak kongsi video nikah 5 minit buat peminat,ditahan Roadblock

Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh paling bermakna buat pelakon, Remy Ishak kerana sah bergelar suami kepada Ezza Yusof.

Menerusi Youtube Channel Remy Ishak Official, pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ ini telah memuat naik sebuah video mengenai majlis pernikahannya tempoh hari.

 

Intimate Wedding

Menerusi video yang diberi nama ‘Intimate Wedding’, Remy berkongsi kepada para peminat mengenai momen hari bersejarahnya bersama Ezza. Seperti lelaki lain, Remy memberitahu dia agak gemuruh sebelum sesi akad nikah tersebut dijalankan. Namun begitu, segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan hanya sekali lafaz Ezza menjadi suri hati hidupnya.

8 tahun mengenali antara satu sama lain, putus pertunangan dalam perkenalan, namun sejauh mana pun kita berlari, sedalam mana pun kita sembunyi. Jika ditakdir oleh Ilahi, bertemu juga jodoh di akhiri dengan lafaz nikah disamping saksi.

Video yang berdurasi 5:09 saat itu turut menunjukkan persiapan yang dilakukan oleh Remy, Ezza dan team mereka sebelum majlis akad nikah berlangsung. Ujar Ezza, dia berterima kasih kepada Remy kerana sudi menjadikannya sebagai isteri meskipun pelbagai cabaran telah berlaku sepanjang perkenalan mereka. Ezza turut berjanji bahawa dia akan menjadi isteri yang terbaik buat Remy.

Tahniah Remy!

Majlis pernikahan waktu PKP, saya buat yang wajib dahulu dan mana yang boleh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.

Ujar Remy, dia mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: Remy Ishak