Kura-kura buka pagar untuk lari dari rumah, “The real ninja turtle”
Salah satu cabaran yang perlu dihadapi pemilik haiwan adalah apabila ia hilang kerana melarikan diri. Biasanya perkara ini berlaku kepada kucing atau hamster yang memang tidak suka duduk terkurung. Namun kura-kura adalah haiwan terakhir yang kita akan bayangkan berkelakuan seperti itu.
Sebuah video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter baru-baru ini membuat orang ramai bingung menyaksikan kebijaksanaan seekor kura-kura mencari jalan untuk melarikan diri dari rumah.
Aksi kura-kura itu yang dirakam oleh CCTV rumah tuannya menunjukkan dia sedang mundar-mandir di halaman rumah sebelum menarik pagar automatik yang tidak berkunci dengan cengkerangnya agar terbuka.
— anthraxxx781 (@anthraxxx781) September 7, 2021
Sebaik pagar itu terbuka, haiwan berkenaan keluar dari rumah dan berjalan ke rumah hadapan, sebelum berlegar-legar di atas jalan raya. Mujur sebuah kereta berhenti dan satu pasangan keluar untuk mengambil haiwan berkenaan sebelum mencari-cari siapakah tuan kura-kura itu.
Pemilik kura-kura tersebut akhirnya keluar dan mengambil semula haiwan peliharaannya itu dari pasangan tersebut sebelum kembali ke dalam rumah. Sambungan video itu walau bagaimanapun menunjukkan insiden ini bukanlah kali terakhir kura-kura tersebut cuba untuk melarikan diri.
“bijak dia lain mcm…”
Pelik la kdg2 haiwan ni ada akal ke tkde akal sbnrnya 😂 bijak dia lain mcm.. sama la mcm si gemuk oyen sekor kat rumah ni.. siapa manusia siapa kucing pun tktau lah.. they outsmart human gitu je 😅 https://t.co/8tjuurWxSU
— ش (@ndns697) September 8, 2021
“part time ninja…”
Part time house turtle, part time ninja 🥷 https://t.co/F9SA3Vgwuf
— 💋 (@thumbsupbasy) September 8, 2021
Ni ninja turtle eps berapa https://t.co/0xk2HrmJPQ
— Paeh (@IzMi_02) September 8, 2021
Ya Allah kau kenapee😂😂 https://t.co/rweHC9g1N1
— Lynndaaaa🌼 (@pumpkinpiie65) September 8, 2021
“tak padan dengan lambat…”
tak padan dengan lambat ya, nak melarikan diri dari rumah siap bukak gate sendiri tu HMMMM https://t.co/PRbB0Bs3P2
— caffeinelattë (@fiercerawr) September 7, 2021