“Pura-pura terkejut dan tak tahu”- Respon Cik B buat peminat terhibur

“Pura-pura terkejut dan tak tahu”- Respon Cik B buat peminat terhibur

Berikutan tular di media sosial mengenai berita pengusaha kosmetik bergelar jutawan, Datuk Seri Vida yang khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini, anak perempuan Vida akhirnya tampil memberi respon.

Terdahulu, DS Vida memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu anak perempuannya itu mengenai perancangannya mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya dahulu, iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Kata DS Vida, biarlah Cik B mengetahui berita tersebut daripada siaran berita media berbanding daripada mulutnya sendiri.

Menerusi laman Twitter pelakon kanak-kanak itu, Cik B berkata dia ‘berpura-pura terkejut dan tidak tahu’ mengenai berita tersebut meskipun ia sudahpun tular di media sosial.

 

 

Respon pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang baru berusia 16 tahun itu ternyata telah mengundang reaksi pelbagai pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan gelagat kedua anak beranak ini.Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila DS Vida dan Iqbal merancang untuk bernikah tidak lama sahaja lagi malah usahawan kosmetik itu turut melakukan ujian kesuburan dalam memastikan dirinya boleh hamil usai bergelar isteri buat kali kedua kelak.

SUMBER : Twitter Cik B