Sebulan bertarung nyawa, paru-paru abang Siti Sarah rosak akibat COVID-19

Sebulan bertarung nyawa, paru-paru abang Siti Sarah rosak akibat COVID-19

Abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin khabarnya semakin baik selepas hampir sebulan bertarung nyawa melawan virus COVID-19.

Dia juga memaklumkan bahawa paru-parunya kini sudah rosak dan memerlukan masa sehingga berbulan untuk pulih seperti sedia kala.

 

Tambah Firdous lagi, ramai yang bertanya khabar dan ingin mengetahui keadaan sebenar dan dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas pertanyaan mereka satu persatu.

 

Paru-paru kanan saya rosak, paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang..tapi Alhamdullilah saya boleh pulih InsyaAllah dengan izin Allah. Ambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. InsyaAllah. Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan daripada sembilan ke lapan peratus.

Firdous juga berkongsi perkembangan terkini dirinya itu menerusi sebuah hantaran terkini di laman Facebook.

Firdous FacebookSumber : Facebook Ahmad Firdous Raissuddin  

Terdahulu, suami Sarah, Shuib Sepahtu ada memaklumkan Firdous berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang selepas kesihatana abang iparnya itu dilaporkan tenat disebabkan oleh paras oksigen yang makin menurun akibat wabak pembunuh itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya, perjuangan harus diteruskan. Doakan saya sembuh, sentiasa fikiran positif. Terima kasih doktor dan jururawat yang merawat saya..” ujar Firdous mengakhiri bicara.

 

SUMBER : mStar Online