“Punyalah beria ingat roti ni ada perisa baru”, Rupanya tersalah undang ramai terhibur
Sebut sahaja tentang roti, jenama Gardenia antara yang cukup digemari oleh orang ramai kerana keenakkan yang boleh diminati dengan pelbagai cara.
Jadi apabila melihatkan sesuatu yang baru di roti berkenaan, tentu sahaja ramai yang akan teruja untuk mencubanya, apatah lagi apabila mengaitkan perisa pandan.
Berebutlah pencinta roti Gardenia ingin merasanya namun oleh kerana luahan lucu seorang pengguna TikTok yang tersalah sangka dengan roti tersebut menyebabkan ramai dapat meluahkan hal yang sama.
Rupa-rupanya juga ramai yang begitu teruja ingin membawa pulang roti tersebut yang disangka perisa baru pandan kepada ahli keluarga mereka.
Sehingga ada yang membawa pulang dengan kuantiti lebih dari satu dek kerana sangat teruja ingin merasainya tetapi siapa menyangka lain pula jadinya. Anda lihat sahajalah luahan pembeli ini yang mengundang lucu ramai lalu rakaman video yang dikongsikannya di TikTok ditonton sebanyak 500,000 kali.
@sysenaa_ Saya tak keseorangan kan? 🤣 #MalaysiaDiHatiku #kitajagakita #smallbusinessmalaysia #kitasupportkita #smallbusiness #tiktokmalaysia
Netizen bagaimanapun turut mengakui tersalah sangka seperti dia yang mana turut begitu teruja ingin merasai perisa baru akibat tidak melihatnya dengan betul.
“Sama ingat kena scam hahaha la rupanya aku yang bodoh”
“Balik beriya la aku tunjuk kat anak…”
“Aku pun terkena bebel mak aku sebab dia makan rasa biasa…”