Ahli bekam mendakwa warna darah berubah ikut jenama vaksin, ini penjelasan dari doktor
Baru-baru ini, tular berkenaan sebuah hantaran yang menyatakan bahawa darah seseorang boleh berubah warna selepas mendapatkan suntikan.
Hal itu didedahkan selepas beberapa minit individu yang baru mendapatkan suntikan dibekam dan turut menyatakan jenis warna yang terhasil.
Menerusi hantarannya itu, dia mendakwa mereka yang mengambil vaksin Sinovac, darahnya akan bertukar seperti nanah, manakala bagi Pfizer, darahnya akan bertukar seperti air kencing.
Penjelasan doktor isu warna darah bertukar
Hantaran itu bagaimanapun menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ia juga mendapat perhatian daripada para doktor dan tampil menjelaskan perkara yang sebenar.
Menerusi hantaran seorang doktor di laman Twitter bernama @khairul_hafidz, beliau menepis dakwaan ahli bekam tersebut sambil menjelas komponen-komponen darah dalam badan manusia.
Menurutnya, seluruh darah kita terdiri daripada empat komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah.
Ia biasa terjadi apabila kelihatan darah seakan-akan cair disebabkan oleh plasma dah terpisah daripada whole blood dan bukannya kesan daripada pengambilan suntikan vaksin.
Begini, whole blood kita terdiri daripada 4 komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah.
Biasa sahaja terjadi begitu kita nampak cair kerana plasma dah terpisah daripada whole blood ni tadi.
Bukan sebab vaksin.
Lagi satu, kenapa kena bekam lepas vaksin? https://t.co/VDr2MNEP9G pic.twitter.com/bYJDe3hV0z
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) August 23, 2021
Daripada Dr Latif Saad.
Satu lagi yang kita nampak macam nanah tu namanya lipaemic, iaitu darah atau komponen plasma yang mengandungi banyak lipid (lemak)
Pendek kata, semua normal. Bukan sebab vaksin. pic.twitter.com/lGD224CeMj
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) August 23, 2021
Doktor lain turut bersuara
Menerusi ciapannya, beliau turut berkongsikan tentang sebuah hantaran dari laman Facebook milik Dr. Latif Saad yang turut tampil mendedahkan perkara sebenar.
Menurutnya, darah yang didakwa berwarna kuning seperti air kencing itu sebenarnya darah yang mendap dan menghasilkan bahagian plasma pada bahagian atas.
Tambahnya lagi, jika terlalu banyak lemak dalam darah, ia akan menyebabkan plasma itu berwarna kuning seperti nanah.
Kesimpulannya, sampel darah yang ditunjukkan sebelum ini merupakan sampel darah yang normal selain turut menepis dakwaan ianya akan merubah mengikut jenis vaksin yang diambil.
Netizen beri pelbagai reaksi
Menerusi petikan semula pada hantaran Dr. Khairul Hafidz, rata-rata netizen turut berterima kasih terhadap info yang disampaikan selain turut mengecam tindakan individu yang menyebarkan perkara yang tidak benar.
Setakat ini, hantaran yang dimuat naik itu telah mencapai 3,093 tweet semula serta mendapat 2,576 tanda suka.
Kredit: Twitter Khairul Hafidz I Facebook Latif Saad