Jackie Chan menari untuk Shopee, memang menarik la!
Shopee adalah sebuah laman membeli belah yang paling popular di Asia Tenggara. Ia menjadi laman membeli-belah pilihan ramai kerana promosi yang sering diadakan dan juga aplikasi yang mudah difahami untuk digunakan. Malah Shopee juga menjadi pilihan ramai kerana strategi pemasarannya yang bertaraf antarabangsa.
Salah satunya adalah strategi pemasaran yang dilakukan untuk promosi tarikh-tarikh penting seperti 9.9 Shopee Sale yang menampilkan barisan selebriti popular melakukan ‘Goyang Shopee’.
Sebelum ini kita telah melihat artis terkenal seperti ikon penyanyi no.1 negara Datuk Sri Siti Nurhaliza dan bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo melakukan ‘Goyang Shopee’ untuk promosi 9.9 Shopee Sale.
i can't believe this LMAO jackie chan??? shopee really got jackie chan dancing to shopee pee pee 😂pic.twitter.com/s1eY7krCA8
— ♪ (@ygewhy) August 19, 2021
Kali ini pula seorang lagi bintang antarabangsa membuat penampilan dalam iklan promosi untuk jualan 9.9 nanti, membuat ramai tertanya-tanya betapa kaya syarikat Shopee sehingga mampu mengupah bintang-bintang bertaraf dunia.
Dalam video yang tular di Twitter, pelakon lagenda dari Hong Kong, Jackie Chan sedang berkungfu apabila dia mendapat notifikasi Shopee di telefon bimbitnya.
Apa lagi, pakar seni bela diri itu terus melakukan ‘Goyang Shopee’ dengan pergerakan kung fu, membuat penonton terhibur dengan aksinya itu.
Malah rata-rata netizen tidak percaya Jackie Chan menjadi selebriti jemputan untuk iklan promosi jualan 9.9 tahun ini memandangkan reputasi pelakon itu yang terlalu besar di mata dunia.
“Pasukan pemasaran mereka sangat hebat…”
I wasn't wrong to choose shopee as 1 of my final projects and predicted that their marketing team is just amazing 😂 https://t.co/b0atD3rWv1
— sharks 🇵🇸 (@Syakirzizi) August 19, 2021
“Mana dorang dapat bajet…”
WTF, AINT NO WAY. WHERE DID THEY GET THE BUDGET FOR HIM 😭 GAGO https://t.co/tBuqPiOc1N
— Alpha⚡Omega (@Alphafi1) August 19, 2021
Ronaldo
Jackie Chan
Siti NurhalizaDamn… shopee is rich https://t.co/a9oZBlolyh
— Kaza 🇲🇾🏴 (@itstheKaza) August 19, 2021
“Next target Elon Musk…”
Shopee next target Elon Musk😭😭😭 https://t.co/ukhB4koD1A
— JaM♡︎☁️|| vote trsr in tta final! (@jwooqty_) August 19, 2021
“CR7 pun dia boleh lanyak…”
CR7 pun dia boleh lanyak. Hahaha kang tiba tiba ada snoop dog https://t.co/Vj2qhyJZRI
— izzati jual tottila 🏴🏴☠️ (@1zz4tihabshi) August 19, 2021