Hantar borang jadi PM, Aliff Syukri bengang diperli Zizan Razak
Sehingga hari ini, masyarakat masih tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri (PM) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.
Sehingga terdapat beberapa nama yang telah dicalonkan serta beberapa individu yang dikatakan layak untuk menjawat jawatan besar itu.
Namun, terdapat juga insan yang berjaya mencuit hati masyarakat apabila mengutarakan niat ingin menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Aliff Syukri hantar borang PM
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pengasas kosmetik tempatan, Dato’ Seri Aliff Syukri telah memuat naik hantaran berkenaan borang PM di laman Instagram miliknya.
Dalam borang itu, kelihatan lengkap maklumat peribadi beliau yang dilihat serius mahu menjadi Perdana Menteri ke sembilan.
Meninjau pada ruangan komen, dilihat netizen telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah ada yang terhibur dan menganggap beliau hanya mahu bergurau sahaja.
‘Koyak’ dengan Zizan Razak
Walaupun terdapat netizen yang menyokong serta memberi kecaman terhadap tindakannya itu, namun Aliff Syukri masih tidak mahu menghentikan niatnya.
Baru-baru ini, usahawan itu telah membuat siaran langsung melalui Instagram miliknya bersama pelawak tempatan, Zizan Razak bagi membincangkan isu tersebut.
Namun, ketika ia berlangsung, Aliff Syukri mengakui terasa dengan Zizan kerana tidak bersetuju dengan niat beliau ingin menjadi Perdana Menteri.
Apa yang diperkatakan oleh Zizan telah melukakan hatinya sehingga bertindak mematikan siaran langsung itu oleh kerana terlalu kecewa dengan pelawak itu.
Maaf saya terasa dengan Zizan
Maaf awak sebab matikan live tadi (kelmarin), hati saya terluka sebab pada awal okay je dia sokong saya.
Tapi hujung-hujung, saya amat sedih. Ayat dia buat saya terluka.
Disebabkan itu, pelawak itu telah meminta maaf dan menjelaskan kriteria bagaimana untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Namun, Aliff Syukri tetap tidak berpuas hati oleh sebab kata-kata pelawak itu seakan-akan memerlinya.
Netizen turut memberikan komen
Menerusi ruangan komen, dilihat netizen telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah dalam kalangan artis tempatan yang turut meninggalkan komen.
Walaubagaimanapun, hantaran yang dimuat naik itu setakat ini telah mencapai lebih dari 100,000 tontonan serta seramai 1,324 orang telah meninggalkan komen.
Kredit: Instagram Aliff Syukri