Pernah beritahu takkan balik Malaysia selagi kerajaan tak bertukar, Caprice jawab soalan netizen
Sebelum ini, penyanyi rap terkenal Caprice didakwa tidak mahu pulang ke Malaysia jika kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat ini.
‘Saya harap benda itu tak betul’
Seorang individu telah meninggalkan persoalan di ruangan komen di akaun Instagram Caprice susulan kenyataan yang dia didakwa enggan pulang ke Malaysia itu.
Penyanyi berusia 33 itu telah menjawab soalan individu berkenaan dan dia berharap agar perkara seperti itu tidak berlaku.
Walau bagaimanapun, semalam negara kita dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri selepas gagal memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen.
Berpendapat bahawa Datuk Seri Hishammuddin sesuai jadi PM seterusnya
Dalam masa yang sama, Caprice turut memuat naik beberapa Instastory yang berpendapat bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussien sesuai menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Ujarnya lagi, dia mengatakan bahawa bekas Menteri Kanan Kluster Keselamatan itu adalah antara calon yang terbaik untuk ‘agenda dunia’ selain daripada Anwar Ibrahim serta ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Ramai tanya caprice kenapa hang pilih Hishammuddin. Ia bukannya siapa yang kita pilih tapi ia berdasarkan ramalan dan berdasarkan agenda dunia.
Yang paling sesuai untuk agenda dunia adalah Datuk Seri Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa yang dia baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini.
Kalau kita tengok akaun media sosial Datuk Seri Hishammuddin dah cukup cantik sebagai akaun media sosial untuk Perdana Menteri. Tapi kalau keluar dari agenda dunia, siapa lagi senior yang boleh memimpin Malaysia adalah seseorang seperti Ku Liatau Anwar Ibrahim.
Di Instastory :
Sumber : capriceoffcial