Nabila Razali baca berita dan rersasul curi perhatian ramai, “Harumau pun harumau lah”

Nabila Razali baca berita dan rersasul curi perhatian ramai, “Harumau pun harumau lah”

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Peluang Kedua dikenali dengan nama Nabila Razali ini sememangnya memiliki bakat tersendiri. Bukan sahaja boleh menyanyi, malah Nabila Razali juga berbakat dalam bidang lakonan. Terbaharu, Nabila Razali cuba bakat baca berita pula.

233217198_1051419705265473_4197774671810999653_n

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram milik selebriti ini, kelihatan Nabila Razali sedang berlatih sebelum memulakan sesi membaca berita di Astro Awani. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Nabila Razali tersasul menyebut harimau menjadi harumau.

Malah di ruangan kapsyen, Nabila Razali sendiri akui tugasan membaca berita ini bukanlah mudah. Berikut adalah perkongsian video pendek Nabila Razali baca berita yang dimuat naik oleh selebriti serba boleh ini sendiri:

 

Wah, respeklah Nabila Razali! Biarpun bukan perkara mudah tapi dia berani mencuba. Apa-apa pun perkongsian Nabila Razali baca berita dan tersasul ini telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 31 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman pendek tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Harmau pun boleh ehh.  Jaga2 nanti marah gp2 harimau sedunia”

nabila razali baca berita 3

“Bella okay lagi. Stacy baru ni sepatutnya sebut ‘pertubuhan’ dia sebut ‘persetubuh’..”

nabila razali baca berita 2

“Tu la baca berita nih kena tau skill dia n baca laju2”

nabila razali baca berita 1