Anjing sedih tuannya dibawa naik ambulans, “Binatang pun ada perasaan”
Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sering dianggap paling setia dengan tuannya. Haiwan-haiwan ini seakan faham dengan apa yang diperkatakan manusia menjadikan ia antara yang cukup jinak dan rapat dengan manusia.
Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seekor anjing sedih tuannya dibawa naik ambulans telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan beberapa orang pekerja kesihatan lengkap berpakaian PPE membawa seorang pesakit menaiki katil ke ambulans.
Manakala seekor anjing yang seakan tidak mahu tuannya dibawa pergi mengiringi hingga ke ambulans. Kelakuan anjing dalam rakaman tersebut membuatkan ramai turut simpati dan sedih. Berikut adalah rakaman anjing sedih tuannya dibawa naik ambulans ini:
@bulanbintang1788 Allah hu…haiwan ni kasih dorang tulus..#acufyp #kesayanganku #covid19 krdt narin.moga tuan dia selamat dari covid dn blh berjumpa semula.
♬ original sound – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️ – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️
Memang nampak anjing ini bagaikan tidak merelakan pemergian tuannya ini. Mungkin anjing ini cukup rapat dengan individu tersebut. Perkongsian rakaman oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @bulanbintang1788 ini telah meraih lebih 491 ribu tontonan dan 51 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Aku tengok video ni air mata aku jatuh sendiri la. Setianya anjing tu tak boleh bawa bincang”
“Kenapa aku nangis ni, mudah sentap sejak kebelakangan ni”
“Antara binatang atau haiwan yang paling setia…Yang tak boleh disangkal kesetiaan adalah anjing..Percaya laa..”