Padam foto lama, Izara Aishah tampil bertudung labuh raih perhatian ramai

Padam foto lama, Izara Aishah tampil bertudung labuh raih perhatian ramai

Umum mengetahui bahawa Izara Aishah sering memuat naik mengenai kehidupan sehariannya menerusi laman media sosial. Malah wanita itu tidak kisah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa isu penting.

Terbaru, wanita itu mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bertudung labuh di laman Instagram miliknya.

Penampilan pelakon jelita ini yang mengenakan jubah berwarna ungu berselfie di hadapan cermin menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila gambar-gambar lama dipercayai turut dipadam.

 

Baru sahaja satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 50,000 tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu ditutup. Perkongsian itu juga dimuat naik tanpa sebarang kapsyen.

Untuk rekod, pelakon dan usahawan popular ini mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

Kita doakan yang baik-baik buat Izara.