Durian saiz mini tarik perhatian, “Tak berbaloi nak kupas…”
Durian adalah buah yang terkenal sebagai raja buah bukan sahaja kerana durinya yang tajam tetapi juga saiznya yang besar serta kulit yang tebal.
Oleh kerana ciri-cirinya itu buah durian sukar untuk dikupas bagi mendapatkan isinya dan alat yang tajam seperti parang diperlukan untuk mengupas buah tersebut.
Tidak seperti buah-buahan lain yang boleh dimakan terus selepas dibeli, buah durian biasanya memerlukan orang dewasa untuk membukanya dan ia bukanlah sejenis buah yang boleh dibawa ke mana-mana.
Gambar buah durian bersaiz mini tersebut dikongsikan di Twitter menunjukkan saiz unik buah itu yang hanya sebesar buah rambutan dan muat dalam tapak tangan.
Isi di dalamnya pula mengandungi seulas durian bersaiz normal, namun ada yang merasakan tidak berbaloi untuk mengupas durian untuk hanya seulas isi.
Buah durian mini itu ternyata mencuri perhatian ramai yang tertarik dengan kecomelannya dan ada yang mencadangkan ia dijadikan sebagai keychain atau pewangi kereta.
Duritan https://t.co/dmTonGB94n
— efun (@farisjabba) August 11, 2021
“Pakai pisau butter je…”
Mesti pakai pisau butter je nak buka kan https://t.co/segUyKNkbO
— 𝗻𝗲𝗯𝘀. (@aizuddintamiya) August 11, 2021
Ni keychain ni hahah https://t.co/7Y0lSCp9bq
— daisy (@adibahlovesyou) August 11, 2021
“Boleh la letak dlm goodies kahwin…”
boleh la letak dlm goodies kahwin https://t.co/hu07Odsz6p
— 𝓙𝓾𝓵𝔂 (@itsmijoo) August 11, 2021
Boleh buat doorgift https://t.co/oceO4KXr1o
— Ur Local Slvt🦋 (@ThicccLillith) August 11, 2021
“Baik gantung kat kereta…”
baik gantung kat kereta jadi perfume https://t.co/MnGocCVErM
— Cassano (@AzriAyubTamat) August 11, 2021
“Tak berbaloi nak mengupas…”
Tak berbaloi nak mengupas 🤣 https://t.co/TszVgGoj8k
— PendejoKL (@Pendejolapuk) August 11, 2021