Kawan terlalu berkira, minta lelaki ini bayar 3 ketul kentang goreng yang dimakannya

Kawan terlalu berkira, minta lelaki ini bayar 3 ketul kentang goreng yang dimakannya

Semua orang mempunyai seorang rakan yang jenis berkira dan tidak suka orang lain mengambil hak mereka. Sama ada meminjam barang, menumpang kereta, mahupun meminta sedikit makanan, semua perkara kecil akan diungkit dan diminta ganti.

Seperti yang dilalui oleh seorang lelaki dari TikTok ini, dia terkejut apabila diminta oleh rakannya untuk memindahkan wang ke akaun bank bagi beberapa kentang goreng yang dia makan dari pinggan rakannya itu ketika mereka keluar makan malam.

Pengguna TikTok berkenaan yang dikenali atas nama Peter, berkongsi video tangkapan skrin perbualan dengan rakannya ‘Alex’ yang telah mengira jumlah perbelanjaan mereka.

@peterpribylpierdinock

Friends of friends get wayyy too bold with venmo charges

♬ Mia & Sebastian’s Theme – Kim Bo

Selepas mengira jumlah yang perlu dibayar kepadanya, Alex turut meminta Peter untuk memindahkan tambahan £0.34 sen (RM2), untuk kentang gorengnya yang dimakan oleh Peter.

Dalam mesej yang diterimanya, Alex berkata dia sedang mengira bil makan malam mereka dan memastikan bahawa pengguna Tiktok itu ada mengambil beberapa kentang gorengnya.

Peter mengiyakan perkara tersebut yang mana rakannya itu kemudian berkata dia akan menambah beberapa sen ke dalam jumlah yang perlu dibayar Peter kepadanya.

Peter menjelaskan bahawa dia mungkin mengambil 3 ketul sahaja kentang goreng rakannya itu selepas dipelawa dan bengang dengan sikap rakannya itu kerana terlampau berkira.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa tidak percaya dengan sikap kedekut si Alex, sementara ada yang mencadangkan Peter mengecaj rakannya itu semula kerana membazirkan data internetnya.

“Caj dia 3 sen…”

Screenshot 2021-08-10 000110

“Macam perangai anak tunggal…”

Screenshot 2021-08-09 235646

“Patut tubuhkan koloni sendiri…”

Screenshot 2021-08-10 000149