Berang ibu sering dipukul, anak tetak ayah dengan parang

Berang ibu sering dipukul, anak tetak ayah dengan parang

Seorang remaja lelaki sanggup mencederakan ayah kandungnya gara-gara tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya sering dipukul oleh lelaki berkenaan di Sumatera Selatan, Indonesia.

Berang ayah selalu pukul ibu

Sekadar gambar hiasan

Kejadian tersebut berlaku di Gang Niur, Kabupaten Kalidoni, Palembang di mana remaja berkenaan tidak dapat mengawal perasaan marahnya lagi apabila melihat bapanya selalu memukul si ibu berulang kali.

Akibat tidak dapat menahan emosinya, remaja lelaki yang berusia 20 tahun itu bertindak untuk mengambil parang lalu menetak kepala bapanya. Setelah sedar dengan perbuatannya itu, suspek dikatakan telah lari dari rumah.

Penduduk yang menyedari kejadian berkenaan telah membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dan membuat laporan polis di Balai Polis Palembang.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian

Sekadar gambar hiasan

Ketua Siasatan Jenayah Polis Palembang, Kompol Tri Wahyudi telah mengesahkan kes berkenaan dan bergegas ke tempat kejadian untuk menenangkan mangsa.

Suspek merupakan anak kandung mangsa, kejadian berkenaan berlaku di rumah mangsa sendiri kerana anak dan ayah kandungnya tinggal serumah. Ada tuduhan yang mengatakan mangsa sering memukul isterinya iaitu ibu kandung kepada suspek.

Pelaku dikatakan telah marah dan dengan pantasnya mengambil parang lalu menetak ayahnya.

Sumber : Tribun News