Reaksi lucu sekumpulan monyet tengok anak monyet bikin terhibur

Reaksi lucu sekumpulan monyet tengok anak monyet bikin terhibur

Kebiasaannya apabila melihat monyet yang berkeliaran di tepi jalan, ada yang akan menghulurkan makanan seperti pisang untuk mereka makan. Namun lain pula yang berlaku kali ini apabila sekumpulan monyet ini terkesima melihat seekor anak monyet yang ditayangkan pada mereka.

Video reaksi terkejut dari sekumpulan monyet ini turut tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen juga turut sama terhibur melihat reaksi terkejut mereka ini yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.

@nizaadilahchenan

♬ bunyi asal – Niza Adilah Che Nan – Niza Adilah Che Nan

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik anak monyet itu dilihat berada di dalam kereta bersama-sama anak monyet yang dipeliharanya ini. Dia kemudiannya menunjukkan anak monyet itu pada sekumpulan monyet yang berada di tepi jalan.

Sebaik sahaja melihatnya, sekumpulan monyet itu dilihat sangat terkejut dan tertarik untuk melihat anak monyet di dalam kereta itu. Malah mereka juga tampil ke hadapan untuk melihat anak monyet itu dengan lebih dekat.

anak monyet

Lebih melucukan, ada juga monyet yang memeriksa anak yang dipegangnya untuk memastikan yang ditayangkan itu bukanlah anaknya. Ada juga yang menganggap sekumpulan monyet ini mungkin tertanya-tanya tentang identiti sebenar anak monyet di dalam kereta itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi mereka ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga sekumpulan monyet itu menganggap anak monyet itu datang dari kumpulan mereka.

“Diminta semua berkumpul, check betul-betul anak siapa ni.”

reaksi sekumpulan

“Hahahaha confuse anak siapa tu.”

monyet

“Macam budak baru pindah masuk sekolah.”

komen

“Sekarang aku faham, ni lah yang dimaksudkan dengan terkejut beruk.”

tik tok