“Anak2 belum tahu lagi, ni saya nak balik baru beritahu mereka” -Shuib

“Anak2 belum tahu lagi, ni saya nak balik baru beritahu mereka” -Shuib

Urusan pengebumian penyanyi wanita terkenal, Siti Sarah Raissuddin, 36 difahamkan selesai kira-kira jam 1 petang tadi dan dijalankan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat susulan allahyarham meninggal kerana Covid-19.

Pemergian Sarah sememangnya memberi satu tamparan yang hebat buat suaminya kerana tidak menyangka isteri tercinta dijemput Ilahi dalam waktu yang begitu singkat setelah dimasukan ke hospital pada Jumaat lalu.

Ucap terima kasih kepada semua

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Malaysia Gazzette Shuib yang dilihat tenang telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang sentiasa meliputi perkhabaran isterinya sehingga selesai upacara pengebumian.

Video di facebook di bawah ini

https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/videos/832028380791882/

 

 

Anak2 belum tahu lagi

Namun, apa yang kembali membuatkan orang ramai sebak adalah ucapan daripada Shuib yang memaklumkan anak-anak dirumah masih belum mengetahui bahawa ibu mereka telah tiada.

Menurutnya, kali terakhir mereka melihat Siti Sarah masih bernyawa adalah sebelum majlis bacaan yasin yang diadakan malam semalam melalui panggilan video.

Jenazah Siti Sarah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak bersebelahan dengan pusara ibunya.

Dapat dilihat beberapa rakan artis turut tiba di lokasi pengebumian bagi memberi sokongan buat Shuib yang terlihat penuh emosi dan keletihan selepas mengharungi hari yang sangat menyedihkan ini.

Sumber: Facebook live Malaysia Gazzette